ICNKorea Selatan
Visa & ETA
Panduan Daftar K-ETA
Korang ada plan nak travel ke Korea Selatan? Kalau ada maka korang kena pastikan korang telah daftar K-ETA.
So baca panduan di bawah kalau korang nak daftar K-ETA
- Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web rasmi K-ETA atau aplikasi mudah alih K-ETA.
- Selepas permohonan pendaftaran, korang perlu masukkan maklumat yang diperlukan (cth. alamat e-mel, maklumat pasport) dan muat naik gambar berwarna dengan betul.
- Perlu diingatkan bahawa keputusan untuk menyerahkan kebenaran perjalanan akan dimaklumkan melalui e-mel dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran dihantar.
- Keputusan boleh dilihat di laman web rasmi dengan memasukkan nombor pendaftaran.
- Semua pelancong pemegang pasport dengan perjanjian pengecualian visa (visa waiver agreement) yang akan memasuki Korea Selatan mesti mempunyai K-ETA. Walaubagaimanapun, dalam tempoh yang ditentukan oleh pihak berkuasa Korea, penumpang yang merupakan warganegara 22 negara yang layak tidak perlu mendapatkan K-ETA terlebih dahulu.
- Yuran pentadbiran sebanyak KWR 10,000 (termasuk cukai) perlu dibayar. Hanya terima pembayaran kad kredit.
- Tempoh sah adalah 2 tahun dari tarikh pemberian (K-ETA terpakai untuk perjalanan berulang semasa masih berkuat kuasa).
Untuk butiran lanjut, korang boleh layari laman web rasmi K-ETA.

