Panduan Daftar eVisa Pakistan
Visa pelancong
Visa Pelancong membenarkan rakyat Malaysia dan rakyat dari 191 negara lain melawat Pakistan untuk tujuan perlancongan.
Jenis permohonan
Korang boleh memohon dua jenis visa dalam talian:
Kali Pertama (Baru): Korang boleh memohon visa baharu sekiranya korang tidak memiliki visa Pakistan yang sah.
Sambungan: Korang boleh memohon lanjutan visa sekiranya korang memiliki visa Pakistan yang sah dan tinggal di Pakistan.
Kelayakan
Warganegara negara yang disenaraikan di sini layak memohon visa pelancong.
Dokumen penting
- Gambar
- Pasport
- Butiran tempahan hotel
Tempoh & sah
- Single Entry untuk tempoh singkat kurang daripada 3 bulan (First time entry)
- Tempoh sehingga dan lebih daripada 6 bulan (Sambungan)
- Warganegara dari negara ini mungkin layak mendapat Visa Pelancong Kemasukan Berganda
- Visa Pelancong boleh dilanjutkan sehingga 6 bulan atau lebih, tertakluk kepada kelulusan.
Masa pemprosesan
- Kemasukan (Sehingga 3 Bulan): 7-10 hari (Hari Bekerja)
- Lanjutan (Sehingga 6 Bulan): 7-10 hari (Hari Bekerja)
- Sambungan (Melebihi 6 Bulan): 4 minggu (Hari Bekerja)
Cara memohon?
Proses permohonan dalam talian di Pakistan Online Visa boleh diselesaikan dengan 3 Langkah Mudah. Sebelum memulakan permohonan korang, sila ikut arahan untuk setiap langkah di bawah:
Langkah 1: Penilaian awal
Bagi artikel ini kami telah memilih visa pelancong sebagai pilihan. Kelayakan dan keperluan dokumen sebelum korang memohon adalah seperti yang dikongsi di atas. Sekiranya korang memerlukan visa lain maka sila dapatkan maklumat di sini.
Langkah 2: Persediaan
Sila pastikan korang memohon visa yang betul kerana setiap visa mempunyai set dokumen tersendiri yang diperlukan. Korang mesti mempunyai perkara berikut sebelum korang memulakan permohonan:
- Set lengkap dokumen sokongan
- Gambar yang bersaiz 350KB ditangkap seperti yang dijelaskan dalam Tutorial Gambar.
- Kad kredit/ debit yang sah untuk pembayaran dalam talian yuran permohonan.
Langkah 3: Permohonan dalam talian
Apabila korang telah bersedia untuk memohon, sila ikut langkah-langkah yang digariskan dibawah:
- Tekan butang “Apply Now” untuk melancarkan Sistem Visa Dalam Talian Pakistan.
- Buat akaun baharu.
- Log masuk ke Sistem Visa Dalam Talian Pakistan.
- Lengkapkan permohonan.
- Bayar yuran melalui kad kredit/ kad debit.
- Hantar permohonan.

