Pemburu
Tiket Murah
Join Telegram
PAXGroup booking
Tips tiket

Ketahui Kelebihan Group Booking Untuk Penerbangan Korang

Diterbitkan 2 min bacaPemburu Tiket Murah

Korang mesti STRESS kan bila nak beli tiket penerbangan jer harga tiket FLIGHT BERUBAH-UBAH; lagi-lagi bila korang plan nak bercuti beramai-ramai.

Kalau korang plan nak travel dalam kumpulan yang lebih dari 10 orang; adalah lebih bagus sekiranya korang buat group booking dari beli tiket satu per satu.

Mari baca listing di bawah untuk ketahui beberapa kelebihan group booking

1. Harga tetap dengan deposit rendah

Bila korang dah deposit, tak perlu lagi risau harga tiket berubah-ubah. Cuma bila group booking ni, harganya tidaklah terlalu murah tapi “sedang-sedang”. Much better dari beli last minit tapi harga 2 kali ganda dari harga biasa.

2. Boleh tukar nama selewatnya 1 minggu sebelum berlepas

*Bergantung kepada terma dan syarat airlines pilihan korang.

Isu yang biasa terjadi bila ajak kawan-kawan travel sekali ni; janji nak pergi 15 orang tapi sampai sebulan sebelum nak travel cuma tinggal 10 orang. Jangan risau sekiranya dari 10 orang itu ada yang terpaksa cancel; sebab korang boleh cari pengganti dan nama passenger baru boleh diberi seminggu sebelum tarikh berlepas.

3. Bayaran penuh selewatnya sebulan sebelum berlepas

*Bergantung kepada terma dan syarat airlines pilihan korang.

Korang tahu tak yang group booking ni boleh buat full payment sebulan sebelum berlepas, jadi ada banyak masa nak menyimpan sebelum buat full payment.

4. Cara mendaftar dan bayaran mudah

Korang cuma perlu isikan info setiap penumpang melalui excel file dan cara bayaran juga mudah berbanding nak key in seorang demi seorang di dalam website; belum habis isi je dah time out kan.

5. Interaksi dengan manusia

Berlainan dengan booking online, di mana semuanya melalui website; dengan group booking ni korang akan berhubung dengan pegawai airlines untuk memudahkan pengurusan penerbangan korang.

Baca seterusnya: Cara Untuk Buat Group Booking Bagi Penerbangan Air Asia dan Malaysia Airlines